#NIKNABILxKAMARSENI

NIK NABIL BUKA TIRAI 2017 DENGAN PROJEK #NIKNABILxKAMARSENI BERSAMA AG COCO

KUALA LUMPUR, 15 JANUARI 2017 – Nik Nabil, penyanyi dan penggubah lagu indie baru, telah dijemput oleh AG COCO, untuk menghasilkan karya – karya kolaborasi dibawah naungan studio Kamar Seni.

AG COCO, pemuzik yang pernah menggondol beberapa anugerah berprestij di industri muzik tanah air, terkenal kerana usaha gigihnya berkolaborasi dengan talent – talent unik seperti Yuna Zarai dan Fynn Jamal.

Pemain guitar utama untuk band kegilaan remaja yang tidak perlu diperkenalkan lagi, iaitu HUJAN, juga gigih bekerja dibelakang tabir untuk projek dan nama – nama besar di dalam industri.

Nik Nabil tampil dengan single Memori di penghujung 2014, dan lagu tersebut  telah dinyanyikan oleh pemenang Idola Kecil musim 6, adik Daniel Chuer Hamasiah. Memori juga adalah inspirasi  pementasan drama tari eksperimental, Memori : Cerita Sang Andhika Pramuthya, yang dipentaskan bersama oleh kumpulan Anak Seni Asia, pemenang anugerah emas di World Championship of Performing Arts (WACOPA) di Los Angeles bersama penari- penari Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Damansara Performing Arts Centre (DPAC) di bawah The Next Artist Project (d’NA). Single kedua beliau, Selalu telah dilancarkan di penghujung Oktober 2016 lalu.

“#NikNabilxKamarSeni adalah projek kolaborasi muzik untuk menghasil karya – karya baru mengikut citarasa dan stamp of Kamar Seni. Malah, AG COCO juga telah melahirkan keinginannya untuk explore projek korporat yang bersesuaian. It’s an honour to be given this opportunity,” ulas Nik Nabil.

Sebanyak tujuh lagu telah disenaraipendek untuk fasa pertama projek ini dan lagu pertama, Landasan Ini telah dimuatnaik ke laman media sosial untuk menambat respons dan feedback dari pendengar dan peminat. Enam excerpt pendek juga telah dimuatnaik yang walaupun berkualiti demo, ia tetap berjaya menampilkan keunikan gubahan hasil kolaborasi kedua pemuzik, serta mempamerkan ‘a peek into the soul of  Nik Nabil’s voice’.

“AG COCO telah mendefinisikan lagu – lagu ini sebagai Nik Nabil’s pop. Sebagai seorang yang masih berusaha memperkenalkan hasil karya di persada muzik tanah air, projek ini memberi suntikan semangat untuk saya untuk terus ‘push the boundaries of who I really I am and what I can be in music’.

Saya tidak pernah terfikir bahawa akan ada pemuzik yang sudi menggubah lagu bersama saya. Seperti Adele, walaupun beliau seorang penggubah, beliau amat bergantung kepada penyusun muzik berpengalaman untuk bekerjasama. Peluang untuk bekerjasa dengan AG COCO dalam kapasiti ini adalah one in a million, walaupun sangat jauhlah kalau nak sampai ke tahap Adele! Maklumlah, saya ni, baca nota muzik pun tak tahu!

Usia saya rasanya dah ala sebaya penyanyi tersohor negara Dato’ Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir. Mereka berdua sudah mencapai tahap lagenda, saya baru merangkak. Saya rasa hidup mati semula pun takkan sampai ke tahap mereka berdua. Namun, it is very inspirational even to dream that, what if one day, perhaps I can sing on the same stage with either of them,” tambah Nik Nabil dreamily.

Nik Nabil, bekas jurutera bioperubatan dan perunding pengurusan ini juga mengorak langkah berani dengan mula bergerak sendiri dalam memperjuang dan memperkenalkan Change Management for Penceful Organisations, sebuah konsep pengurusan baru di dalam bidang perniagaan.

“Membuat muzik dan berniaga mempunyai banyak persamaan. Keduanya memerlukan, ketelusan dan kejujuran, dari hati.  Walaupun saya bersyukur kerana diberi peluang ini, perjalanan saya masih jauh, Saya berdoa agar diberi kekuatan dan kecekalan hati dalam mendepani ranjau mendatang, “ ulas Nik Nabil.

Nik Nabil sebelum ini telah merangkul Piala Asia Pasifik di 3rd Asia Pacific English Presentation Contest (APEP) di Fukuoka, Jepun.

Beliau mengakui minatnya secara peribadi menjurus ke arah classical pop tetapi sedar bahawa ilmunya amat cetek di dalam genre itu dan berasa mustahil untuk sampai ke idolanya seperti Andrea Bocelli, Josh Groban, Hayley Westenra, Vittorio Grigolo dan Sarah Brightman.

Di dalam genre singer songwriter, Nik Nabil menjadikan Peter Cincotti dan Jon McLaughlin sebagai inspirasi, kerana walaupun mereka mungkin tidak dikategori sebagai terlalu popular tetapi keunikan bakat mereka membuatkan mereka terlalu hebat untuk dilupakan begitu sahaja.

“Saya suka kalau saya dapat membuat muzik yang datang dari hati dan perasaan saya. AG COCO sendiri sebagai mentor assured me,  bahawa saya tidak perlu terikut – ikut dengan trend semata –mata, tetapi mengingatkan saya bahawa tanggungjawab saya adalah untuk menghasilkan muzik demi seni,”  terang Nik Nabil.

Muzik dari projek #NikNabilxKamarSeni dapat diperdengarkan dan akan diupdate secara berperingkat untuk dikongsi bersama pendengar di laman sosial seperti Youtube dan SoundCloud. Ia juga dapat dicapai terus dari laman sesawang rasminya di nabilamin.com.

 

%d bloggers like this: