NOVEL

Nik Nabil’s  first attempt at writing a novel. This novel is in bahasa melayu and is entitled as “Siri Deva Danava – RAMA”.

Sinopsis

Amin selalu dihantui mimpi yang cuba memberitahunya tentang malapetaka yang akan dialaminya. Dia cuba untuk tidak memikirkannya sehinggalah ia benar-benar terjadi. Dapatkah dia menyelamatkan dirinya?

Pengembaraan Amin membawanya berjumpa dengan pelbagai makhluk mitos dan misteri tetapi adakah pengembaraan ini akan membantunya untuk menyelamatkan dirinya atau hanya membahayakan dirinya sendiri? Amin terpaksa mencari siapa sebenarnya musuh yang bukan sahaja mengancam dirinya tetapi mungkin juga dunia.

Bagaimana pula dengan tiga kanak-kanak dari 5000 tahun lampau yang secara tiba-tiba muncul ke dunia moden? Bagaimana dengan gadis buta anak kepada orang yang bersubahat dengan musuh mereka? Bagaimana dengan remaja yang pergi hitch hiking ke dalam hutan dan apabila keluar mendapati dirinya 30 tahun ke hadapan? Bersama, mereka ditemukan oleh takdir dan bersama, mereka cuba menyelamatkan diri dari musuh yang tak bernama yang memburu mereka.

Dalam pengembaraan mereka ke Labyrinth of Osiris, Piramid purba dan alam ghaib mereka temui belati putih Samadhi dan loket masa. Belati putih ini boleh membelah ruang antara alam dan membolehkan pemegangnya mengembara merentasi alam dengan pantas. Loket masa pula membolehkan pemakainya mengawal masa tetapi tidak semua yang memilikinya tahu tentang kegunaannya yang sepenuhnya. Adakah musuh-musuh yang memburu mereka ingin memiliki kedua benda sakti ini?

Pengembaraan – pengembaraan ini menyaksikan setiap ahli dalam kumpulan penyelamat dunia ini menjadi matang dan menjadi hero serta heroin yang mengkagumkan. Cerita fantasi thriller ini menyuntik elemen mitos dan sejarah nusantara. Ia juga mengaitkannya dengan perkembangan bioteknologi yang disalah guna.

Kali ini, musuh yang diketuai seekor jin ifrit ingin memperhambakan seluruh manusia dan dunia dan menjadi raja seluruh alam dengan mengguna kekuasaan yang ada pada manusia yang diperhambakan.

Cerita ini mengisahkan bagaimana Amin dan rakan-rakannya mengatasi segala cabaran untuk membina penyokong yang kuat dan ampuh untuk menewaskan segala rancangan jahat musuh mereka, jin ifrit yang masih lagi rahsia namanya. Kenapa rahsia? Sebab kalau diketahui nama sebenar jin ifrit tersebut, dia boleh ditawan dan dihancurkan. Jadi, Amin dan rakan-rakan perlu mencari apakah nama sebenar jin ifrit yang merancang menguasai dunia itu.

Di akhir cerita, Amin dapat menewaskan jin ifrit itu dengan cuba mengikat jin itu dengan nama sebenarnya, iaitu Jyandighi-Sur. Namun, benarkan Amin berjaya?

HAK CIPTA TERPELIHARA 2015 BY NIK NABIL

Check the eNovel at my Blog!  To log in to my blog, click here :

Bab 1 : RAMA

Bab 2 : http://blog.nabilamin.com/index.php/2015/06/12/enovel-siri-deva-danava-rama-bab-2/

Bab 3 : http://blog.nabilamin.com/index.php/2015/06/12/enovel-siri-deva-danava-rama-bab-3/

Bab 4 : http://blog.nabilamin.com/index.php/2015/06/12/enovel-siri-deva-danava-rama-bab-4/

Bab 5 : http://blog.nabilamin.com/index.php/2015/06/12/enovel-siri-deva-danava-rama-bab-5/

Bab 6 : http://blog.nabilamin.com/index.php/2015/06/12/enovel-siri-deva-danava-rama-bab-6/

Bab 7 : http://blog.nabilamin.com/index.php/2015/06/12/enovel-siri-deva-danava-rama-bab-7/

Bab 8 : http://blog.nabilamin.com/index.php/2015/06/12/enovel-siri-deva-danava-rama-bab-8/

Bab 9 : http://blog.nabilamin.com/index.php/2015/06/12/enovel-siri-deva-danava-rama-bab-9/

Bab 10 : http://blog.nabilamin.com/index.php/2015/06/12/enovel-siri-deva-danava-rama-bab-10/

Bab 11 : http://blog.nabilamin.com/index.php/2015/06/12/enovel-siri-deva-danava-v1-rama-bab-11/

Bab 12 : http://blog.nabilamin.com/index.php/2015/06/12/enovel-siri-deva-danava-v1-rama-bab-12/

Bab 13 : http://blog.nabilamin.com/index.php/2015/06/12/enovel-siri-deva-danava-v1-rama-bab-13/

Bab 14 : http://blog.nabilamin.com/index.php/2015/06/12/enovel-rama-bab-terakhir/

%d bloggers like this: