2nd SINGLE

NIK NABIL BEKERJASAMA LAGI DENGAN AG COCO UNTUK SINGLE KEDUA SELALU

 

JUNE 2014 , KUALA LUMPUR –  Penyanyi indie, Nik Nabil sudah memulakan kerja di belakang tabir untuk single kedua beliau, yang diberi judul Selalu. Lagu ciptaan Nik Nabil sepenuhnya ini akan terus mendapat sentuhan istimewa susunan lagu dari AG Coco, pemilik studio Kamar Seni.  Lagu bercorak balada ini masih dalam fasa awal penyusunan dan sudah diserah kepada studio Kamar Seni di bawah kawal selian AG Coco sendiri. AG Coco juga telah memperdengarkan kepada Nik Nabil  proposal  susunan  untuk lagu Selalu di dalam bentuk  piano guide sebagai pra dengar beberapa minggu lepas.

AG Coco dalam emailnya ada menyatakan perancangannya untuk membuat perbezaan yang agak besar dari cara penyusunan berbanding lagu Memori sebelumnya. Pada kali ini, jikalau segalanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan, lagu Selalu akan melihatkan peranan dominan instrumen piano, di samping strings dan juga petikan gitar nylon.

” Saya nak  pendengar dapat rasa dan appreciate vibe dan feeling lagu ini, saya plan untuk strip down lagu ini kepada basics ” terang AG Coco tentang visinya untuk lagu Selalu.

“Idea lagu Selalu ini datang semasa dan selepas solat Jumaat beberapa tahun lepas. Saya sukakan perkataan Selalu, yang membawa makan setia dan rela berkorban. Itulah intipati kepada lagu Selalu. Selalu sedia dan setia untuk cinta,”

“”Tapi kali ini, lagu ini ada sedikit twist. Instead of saya nyanyikan saya akan selalu setia kepada pasangan, saya demand pula kali ini pasangan saya yang kena betul-betul berikrar, berjanji dan betul -betul yakinkan saya yang dia akan setia dan sanggup bersusah senang bersama saya, selalu,” tambah Nabil sambil ketawa kecil.

“Lagu ini mungkin mengambil masa lama, jadi saya tidak mampu mengetengahkan tarikh sebenar bila lagu ini akan bertemu pendengar. Inipun bergantung kepada rezeki juga, almaklum saya bergerak secara indie. Namun, insya Allah rezeki ada dan selagi ada daya, lagu Selalu akan cuba saya siapkan dengan terbaik mungkin. Dengan hasil kerja paling sempurna AG Coco dan team Kamar Seni, pendengar shouldn’t expect less ,”

Di samping kerja-kerja penyusunan muzik untuk Selalu, Nik Nabil juga bersama team kreatif barunya sudah memulakan kerja-kerja konsep untuk muka cd single Selalu. Kali ini, jikalau Memori mengetengahkan topeng, Selalu pula mengetengahkan konsep singa yang membawa maksud keberanian mengatasi segala cabaran. Singa juga boleh membawa maksud pride iaitu kesombongan, kebongkakan dan juga egotis. Jadi, maksud singa yang ini mengingatkan kita agar berhati-hati supaya tidak menjadi sedemikian rupa dan agar perjalanan kita mencari cinta lebih mudah dan dilancarkan.

Selain dari singa, team kreatif di belakang kerja grafik Selalu juga bakal menggunakan konsep sejarah di mana mereka mungkin mengetengahkan ukiran dinding purba dari sebuah candi yang lebih tua daripada candi Borobudur  iaitu Candi Mendut. Ukiran bass relief yang dipilih, jikalau dipersetujui selepas melalui proses pemilihan akhir, bakal menampilkan ukiran Dewi Hariti. Ada kidah menarik dari ukiran ini :

Relief-relief yang terukir indah juga bisa ditemukan di beberapa dinding candi. Misal di sebelah kiri pintu masuk ke bilik candi terlihat relief Hariti. Tergambarkan Hariti sedang duduk sambil memangku anak. Di sekelilingnya terdapat beberapa anak yang sedang bermain.

Banyak yang bercerita, Hariti awalnya raksasa yang gemar makan manusia. Namun setelah bertemu Sang Budha ia bertobat dan berubah menjadi pelindung anak-anak.

Sesuai dengan konsep lagu Selalu yang luas, cinta dan kesetian bukan sahaja tertakluk untuk pasangan berkasih tetapi juga antara ibu bapa dan anak – anak .

I guess, I remembered that in my childhood years I was quite lonely. Both of my parents have their own lives.  I lived with my father, but he was always career driven so there were no father – son bonding. Least to say whilst growing up, no real connection with my mother. So, you could say Selalu clearly could paint how I felt as a child growing up- my need for someone to  Selalu be there in time of need. But I learnt one important lesson, lagi I mengharap kepada manusia lagi I kecewa. So, I realised hanya Allah yang paling setia dan tak pernah tinggalkan saya. Of course saya akan teruskan usaha untuk cari pasangan yang boleh memahami dan sanggup ‘selalu’ bersama saya, tapi sanggupkah dia bersusah senang bersama juga?,”  komen Nik Nabil.

 

%d bloggers like this: