MUZIK VIDEO

 

10268707_740700435962355_8292665937667660385_n

 

Youtube Link : Memori Official Music Video

Boleh ceritakan sedikit  tentang muzik video Memori?

 

Muzik video Memori adalah hasil garapan saya dengan DMZ Design yang ditulangbelakangi oleh pasangan Mukhriz dan Dayah. Kami  sedaya upaya cuba menterjemah makna  tersirat  lagu Memori ke dalam bentuk lebih visual dan berseni.

Penggambaran di lakukan di sekitar Kuala Lumpur. Lebih tepat lagi di Taman Tasik Permaisuri dan juga Hutan Bukit Gasing. Penggambaran telah di adakan lebih kurang 6-7 jam, sebelah pagi di Taman Tasik Permaisuri dan di sebelah petang selepas hujan renyai – renyai di hutan Bukit Gasing.

Lebih kurang 15 jenis topeng, 3 jenis perhiasan kepala dan 12 persalinan busana telah disediakan untuk penggambaran muzik video Memori.

 

Bagaimana idea untuk konsep Phantom of the Opera timbul untuk muzik video Memori? 

 

Saya mahukan konsep teatrikal, pementasan untuk muzik video Memori. Teater terkenal Broadway, Phantom of The Opera came to mind sebab lirik lagu Memori  juga boleh diterjemahkan sebagai  kisah cinta yang tidak kesampaian, namun penuh dengan elemen kesetian dan cinta tidak berbelah bahagi. Sinopsis Phantom of the Opera  versi muzik video memori :

Phantom of the Opera mengisahkan kisah cinta tak kesampaian si hodoh yang selalu memakai topeng untuk penyanyi wanita yang baru meningkat naik di teater tempatnya bekerja di belakang tabir.  Bakat penyanyi wanita itu terserlah dengan lagu-lagu ciptaan si hodoh dan telah menambat hati ahli perniagaan kaya lagi tampan sehingga ingin menyuntingnya menjadi kekasihnya. Si hodoh pula apabila mendapat tahu, menjadi patah hati kerana tidak dapat menandingi ahli perniagaan tersebut dalam menawan hati wanita dambaannya.

 

Saya rasa lagu Memori ibaratnya, boleh menggambarkan hati si hodoh itu yang di ambang kehilangan wanita yang dikasihinya sepenuh jiwa raganya. So, untuk tribute kepadanya, di hodoh mencipta dan menyanyikan lagu Memori ini.

Seperti filem dan pementasa Phantom of the Opera, singing a song is not just a scene tapi a very important one. So, for muzik video Memori ni, saya gambarkan Si Hodoh melakonkan watak dalam sebuah pementasan. Ada set ada cerita plot sendiri. So, pementasan khas untuk si Hodoh semasa menyanyikan Memori berkisar tentang sebuah kisah di alam fantasi :

Pada suatu zaman dahulu, hidup seorang pemuda yang bernama A119. Namanya begitu kerana orang di zaman itu hanya diberi kod sebagai nama. Namun, suatu malam A119 bermimpi dan di dalam mimpinya dia diberitahu bahawa namanya sebenar adalah Andhika Pramuthya, dan beliau berdarah dewa dan indera. Mimpinya itu juga memberi tahu tentang bagaimana ibu bapanya telah menjadi mangsa ilmu sihir hitam dan bagaimana sihir hitam itu kini mengancam A119. Apabila A119 mula bertanya kepada ibu bapa dan orang lain tentang mimpinya dia di bawa ke pihak berkuasa yang kemudiannya menyiksa dan memberinya ubat ‘penawar’. Rupa-rupanya, tiada siapa pernah bermimpi selama 1000 tahun di tempat itu. Pihak pemerintah dari zaman berzaman telah menggunapakai pelbagai cara untuk mengawal orang-orang bawahan supaya tidak memberontak dan pasif mengikut perintah, dan paling penting mereka memastikan kuasa intuisi dan juga kesaktian serta keperwiraan dapat di hapuskan.

Akhirnya, A119 mendapat tahu tipu helah yang dilakukan oleh pihak berkuasa dan cuba mencabar mereka namun untuk itu dia dijatuhkan hukum buang negeri dan ibu bapanya dipenjarakan. A119 melepaskan diri dan sejak dari itu dia hidup dalam pelarian dari musuh-mush manusia dan jin yang sentiasa bijak menjejakinya. Melalui mimpi, A119 di ajar ilmu sakti dan juga cara mempertahan diri termasuk mencari topeng- topeng sakti yang mempunyai kuasa tertentu untuk menumpaskan musuh. Dalam pencarian dan pelariannya itulah A119 terserempak dengan gadis misteri bertopeng yang sangat licik, bijak dan cantik. A119 jatuh cinta namun sampai bila -bila dia akan tercari-cari identiti gadis bertopeng misteri itu keran dia tidak tahu kapan lagi dia akan terserempak dengannya.

 

Jadi,  untuk menaikkan feel pementasan teater dalam muzik video ini, saya cuba mencari topeng yang sesuai untuk digayakan, namun tiada satu yang menarik minat. Saya cuba mendapatkan pertolongan pakar malah pereka fesyen, tetapi akibat kekangan masa dan lebih-lebih lagi bajet, saya mengambil keputusan untuk cuba come up with different kind of mask untuk muzik video Memori ini. Bermula dari kajian tentang topeng kemudian berjangkit ke busana, I was like on fire.  I researched about the meaning of mask, why people use mask dan jenis – jenis mask. Macam- macam mask yang saya jumpa dalam kajian saya.

 

Dalam saya mengkaji lagi mendalam tentang topeng – topeng ini, kebetulan kajian saya bertindan pula dengan minat saya yang baru bercambah terhadap sejarah alternatif nusantara, termasuk susur galur keluarga saya sendiri. Penat mencari sumber topeng- topeng yang boleh dibeli (kebanyakannya perlu diimport dari luar negara), saya terkuak untuk terus membuat sendiri topeng-topeng dan juga busana – busana terbabit.

The thing is saya bukannya tahu menjahit atau berkraf tangan ni ..keras tangan adalah! But I didn’t give up, saya gagahkan semangat berkunjung ke kedai – kedai kraftangan dari kedai – kedai di Masjid India hinggalah deretan – deretan kedai berdekatan dan di dalam Kenanga Wholesale itu sendiri. Masa tuelah kenal manik, kenal kristal, kenal glue gun!

Making the masks become fun though when it comes to baju-baju, beratus-ratus batu dan kristal kena dilekatkan, it became a bit daunting.  I tried coming up with a sketch for designs but at the end I just go with my guts. So, hampir setiap malam sejak akhir tahun lepas, lepas gaji masuk saya beli barang dan balik buat satu persatu topeng dan busana- busana tersebut

Ada juga yang tak menjadi, sebab the stones keep falling off so terpaksa cancel …habis kot saya! Itu kot kerja saya! Ha ha ha …dah jadi korban

But I must say, inspiration untuk topeng antara yang paling first mencuit hati saya adalah dari himpunan Maison Martin Margiela 2012 – mereka memanggilnya the Diamond Mask. Mask ini ditatah ratusan kristal bergemerlapan dan telah menjadi pilihan Kanye West sebagai antara pelengkap busananya semasa beberapa shownya. Malah Kim Kardashian juga telah menggayakan topeng yang sama.

I tried to go ask some boutique owner yang berdekatan rumah saya untuk membantu. I was worried about the cost so last – last  I buat sendiri. Instead of white crystals, I used blue. Martin Margiela mmg halus buatannya, saya yg meniru ni tak ada kepakaran langsung so, bayangkan …sebab guna glue gun, masa shooting …batu-batu kristal jatuh berguguran ..kah3 ..

It was fun. The whole 6 – 7 hours of the shooting rasa terlalu pantas berlalu.

 

Taman Tasik Permaisuri, bukankah tempat itu dikenali sebagai …

 

Ha ..well, yes we knew. We joked about it. We started shooting early morning, around 7 am – ish.

We wanted to shoot kat FRIM. Alhmd, dah sedia duit untuk video shooting and the admin was so helpful untuk help process our application cepat2. Tp unfortunately, I tak tahu pasal cleanliness deposit yang mencecah ribuan ringgit, walau dipulangkan selepas itu, sy sendiri pokai kerana even to come up with deposit masuk untuk shooting pun meminjam sana sini. Jadi terpaksa cancel. It could have been nice kalau dapat shoot di FRIM.

Then, we tried Rimba Ilmu di Universiti Malaya tetapi it was too late, we should have requested this back up option earlier sebab the administrator was on leave.

Jadi, as a last resort, saya kata why not kita buat di Taman Tasik Permaisuri sajelah. That’s how we ended up there.

Orang tengah sibuk berjogging say dok meng ‘hauling’ dua kotak berisi baju dan topeng-topeng. Memang one man show. Kami di sambut dengan mesra oleh puluhan nyamuk dan we prayed supaya tak kena dengue all the time in our hearts sebab ade a few kawasan di sekitar bandar sri permaisuri di declared as kawasan wabak denggi!

Memanglah rasa malu, first time experience shooting video. Video muzik sendiri pulak tue. Tak de masa nak make up make up, mujur pakai mask. Harapkan bling aje lebih. Dala mhati, moga- moga orang boleh tengok and get distracted by the blings, penat dok lekat tue semua . . .kah3 ..

One challenge I faced was, saya suka hoodie so I wanted to wear hoodies dalam muzik video Memori tp hakikatnya, hood dia singkat and kecik, bila I pull to cover my head nampak funny sbb it get plastered over my head ..so I resorted to buying snoods. I like snoods too ..so, yang macam hoodie black tue actually snoods yg orang pakai masa musim sejuk ..tp silap gaya nampak macam tudung pulak ..yeah, I joked myself to fits remembering that ..tutup aurat

 

One of the best shots we did was under a tree, actually it was really next to a TM building fence, so kena cari angle supaya tak ternampak yang tak sepatutnya. Tp as you look at the results in the music video, its like you’re entering an enclave of sorts, full of foliages and green leaves …Mukhriz suruh I selak- selak branches and the daun,  I said …whatttttt? …tp I ikut je lah kan …and it turned out to be the most memorable scenes of all, for me. Especially cos it was paired with the diamond mask aka nicknamed Topeng Andhika Pramuthya.

 

If given the chance, would you do it again? 

Kah3 ..its crazy to do it again. Anyone in their right mind will think a 100 times and more if they want to go through what it took to finish this music video. Ha ha ha ..

But it was fun, doing it again means I can rectify some mistakes I did here and there. Maybe make it better. Who know?

The waiting game, the pressure  …counting the days to the shoot, to bila editing siap wasn’t really fun. Well, because it was me waiting. I can’t say I can do the buat baju and topeng2 again though. I really don’t know how I came up with even those ideas …I just did it! So, if I were to do it again, I’ll be as clueless like the first time with the only exception, I think I am like dah boleh jadi pakar dalam glue gun dah! Hey …dah berapa kali I melompat2 bila gam panas tue menitik kat jari, paha and tempat2 lain …aduisssss …kah3 ..

 

Any last wishes?

Thanks to DMZ for your support and creative inputs. Thanks kerana sudi terima projek ni walaupun bajet ciput. Thanks kerana sudi hantar I balik in the evening after the bukit gasing shoot, I was sooo spent, I can’t imagine nak haul 2 bijik kotak atas lrt ke ..teksi ke ..(still berkira mcm mana nak save cost) so, Mukhriz terpaksa tinggal wifey and baby Iman kat Secret Recipe lama sikit (otw back jam giler kate Mukhriz) .

Everytime I tengok draf2 awal muzik video Memori ni I tertawa tau cos I remembered what happened during the shoot and it is till a big shock to scrutinize myself for the video, and I have the lowest self esteem when it comes to how I look …but I beat that blues out of my system and did the job. As best as I can lah, byk term2 videografi I pun  x tau. So, nak komen lebih2 ( i komen lebeyh pun dah ..) tak reti sangat (Eleh …). But as Mukhriz said, it is experimental. Playing teatrical elements dengan setting backround hutan, mencabar.

Whatever it is, for me, it was really an unforgettable experience. Bila lagi dalam hidup dapat go through something like this? Never in a million years. Kalau I tak cuba follow my dreams, I’ll just be at my desk doing reports and this video shooting, taught me a lot. In fact, the overall process of making Memori a reality, from the song ..to the cd jacket illustration works, the setting up of the social media infrastructures, this music video …was daunting, but I did it, and I had a mighty lot of help along the way. Its true some of it I had to do on my own, but the important stuffs, mmg orang tolong.

I did sparred a lot in terms of ideas with my special friend, Project Manager X. His unbias opinions, logic approaches to problem solving made it easier for me to weight options and made wiser choices. He’s the best in the business.

Also, a special tribute to Ustaz X yang tak segan silu pinjamkan RM500 masa I mati kutu nak sediakan deposit shooting video FRIM yang RM700 tue. Ustaz X just said, when are you coming over to pick it up? For that, I’ll try to always remember Ustaz X reminded me again and again that apa yg kita buat mesti dapat redha Allah.

I am really the luckiest guy!

Ada dua baju yang memang I sediakan tp tak sempat pakai. Even ada 3 baju shoot, tp tak masuk dalam final cut pun ade but there’s more coming. Not from me, tp dari Auntie Yali dr kedai dobi cum kedai jahitnya. Dia dah siapkan satu baju and just started and the second one. Dia buat design utk beading and because dia dah tua dia bagi orang dia utk buat actual beading works. Yang first tue, its a white hoodie, encrusted with multi coloured crystals and stones. Ada deep emeralds, deep purple like amethyst stones. Its a bit flowery but hey, i tak reti buat …so dalam hal2 ni, I give it to the pro, makcik Yali ni kate, zaman dia muda2 dulu, dia dan adik bradik dia slalu masuk paper. Diorang dulu slalu tolong buat baju2 untuk designer2 and katenya ambil tempahan istana atau agong …gittew ..bertuah dapat try her works.

So, hope to save it for Selalu or untuk shooting media (kah3 ..berangan).Yealah, malu juga pergi shooting atau show pakai baju skali jatuh berderai stones dan crystal …couture lah sangat kannnnn! kah3 ..

 

Link : Coverage dr Sensasi Selebriti

%d bloggers like this: