Spiritualiti dan Muzik

Muzik sentiasa dilihat sebagai elemen seni yang boleh menyentuh dan juga mengorak ritma emosi pendengarnya.

Di Malaysia, muzik spiritualisme masih disinonimkan dengan nasyid – nasyid, yang lebih kedengaran dan pernah memegang carta ( Raihan dan seangkatan dengannya) berbanding dengan lagu-lagu spiritual berunsur agama kristian atau india.

Namun begitu, definisi spiritual itu sebenarnya adalah neutral dan seharusnya, tidak dibataskan kepada agama dan ruang lingkup bangsa semata – mata, demi untuk merangkum appreciator atau pengamat yang lebih universal.

Lagu – lagu seperti Hero oleh Mariah Carey, mungkin dianggap sesetengah sebagai pop dan berunsur motivasi, namun, jika ia bisa menggegar keberadaan jiwa dan minda, bukankah ia menggamit spiritual genre juga?

Di Amerika, ia dikenali sebagai Contemporary Christian Music atau CCM. Market share CCM di Amerika pernah mencapai jualan tertinggi sehingga USD50 mil tetapi jatuh menjunam ke USD14 mil pada tahun 2014. Adakah ia disebabkan oleh saingan muzik digital ataupun muat turun secara haram yang berleluasa?

Penurunan mendadak bagi sektor CCM di Amerika bukanlah satu kes yang mandiri, kerana seperti yang kita sedari seluruh industri muzik global mengalami asakan yang menyebabkan jualan langsung album menjunam. Bagi peminat dan aktivis CCM, mereka bersetuju bahawa mereka perlu berusaha gigih untuk mencari penyelesaian untuk memperbaiki nasib mereka

( breathecast.com ).

Pokoknya sekarang, perlukah kategori muzik yang berunsurkan spiritual diberi nafas baru, malah diberi insentif supaya ia dapat seiring maju dengan muzik kontemporari lainnya?

Persoalannya juga adalah, bolehkah muzik spiritual ‘dijual’? Seperti yang kita maklum, dalam ekonomi merundum seperti yang kita alami sekarang, siapa yang sudi melabur begitu besar hanya untuk mendengar sebuah album yang mungkin hanya memuatkan satu atau dua buah lagu yang sedap?

Adakah pihak atasan perlu mengambil inisiatif untuk membangunkan perisian yang mampu iTunes, tetapi untuk pasaran lokal, dengan sistem bayaran maya yang selamat? Jikalau lagu – lagu digital spiritual boleh dijual dengan harga 50 sen sebagai promosi, mungkin kemungkinan untuk jualan baik diraih ada. Mungkin bayaran secara telefon pintar juga boleh diadakan. Yang perlu ditekankan di sini adalah kuantiti capaian, melalui belian digital bukan sahaja mengatasi sistem jualan di kedai fizikal malah memungkinkan sesiapa sahaja membelinya. Cumanya, laman sesawang tersebut perlulah popular, dan menjadi rujukan utama untuk diwarwarkan, barulah jualan pun meningkat.

Rakyat Malaysia, terutamanya melayu, menyukai unsur spiritual dan lagu – lagu yang bersifat menganjur kepada kebaikan. Cumanya, hasilan untuk muzik sebegini memang kurang kerana ramai pengkarya berpendapat, ia ‘tak jual’.

Bagaimana kita boleh sama – sama mengubah mentaliti ini? Pihak berkenaan dan juga para pendengar perlulah berganding bahu untuk mengutarakan serta memberi semangat jitu agar pengkarya tidak serik menggembling tenaga dan idea untuk menghasilkan karya – karya terulung yang bukan sahaja menjana pendapatan tetapi menjadi hasil kebanggaan negara.

 

%d bloggers like this: